Bantuan OKU

All posts tagged Bantuan OKU

Bantuan Untuk Golongan OKU Tidak Mampu Bekerja Sangat Mengecewakan

Published April 19, 2014 by sarawak

Bantuan kewangan untuk golongan OKU di Malaysia adalah sangat mengecewakan.

Terutama untuk golongan OKU yang tidak mampu bekerja yang hanya menerima RM150 sebulan.

 

Sebagai golongan OKU, saya juga rasa proses permohon bantuan kewangan untuk OKU juga sangat tidak masuk akal. Saya terasa malu untuk memohon bantuan kewangan untuk OKU yang tidak mampu bekerja kerana mereka juga ingin melihat gambar keadaan rumah saya. Jadi saya berasa malu sebab kakak saya telah membeli rumah yang agak besar untuk ibubapa tinggal supaya ibubapa saya berpindah dari kampung dan datang berpindah di rumah tersebut. Bapa saya adalah seorang pesara kerajaan, dan kerja beliau dulu adalah sebagai pembantu perubataan di klinik kerajaan, jadi pencen bapa saya tidak lah banyak. Kakak saya adalah yang paling bertuah sebab beliau mendapat biasiswa untuk melanjut kan pelajaraan ke universiti, jadi beliau mempunyai kerja yang baik dan mampu untuk membeli rumah yang besar untuk kami sekeluarga tinggal. Walaupun begitu ibubapa sayalah yang menyara hidup saya, kerana adik beradik saya masing-masing mempunyai tanggungan untuk menyara keluarga masing-masing.

 

Jadi proses untuk meminta bantuan untuk golongan OKU yang tidak mampu bekerja adalah sangat mengecewakan dan tidak masuk akal kerana mereka meminta maklumat seperti gambar rumah dan maklumat mengenai berapa gaji adik beradik saya. Saya rasa soalan ini sangat tidak masuk akal sebab bukan adik beradik saya yang menanggung hidup saya kerana mereka masing-masing mempunyai keluarga untuk di tanggung. Saya harap soalan seperti ini tidak patut ditanya. Jadi sekarang saya telah melupakan hasrat saya untuk meminta bantuaan kewangan dari kerajaan untuk golongan OKU yang tidak mampu bekerja seperti saya. Jadi terpaksalah saya tiap hari merayu dari ibu saya untuk meminta wang jika saya memerlukan wang untuk membeli sesuatu.

 

Sebagai golongan OKU saya merasakan kerajaan Malaysia langsung tidak prihatin terhadap golongan OKU di Malaysia. Dan buktinya adalah, kerajaan hanya memberi RM150 untuk golongan OKU yang tidak bekerja. Dan saya ingin bertanya, adakah RM150 cukup untuk golongan OKU yang tidak bekerja untuk menyara isteri dan anak mereka? Jadi disebabkan inilah ramai OKU yang tidak mampu berkahwin kerana bantuan yang mereka terima tidak cukup untuk menyara isteri dan anak-anak mereka. Malangnya ramai rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap keperluan golongan OKU, dan ramai yang beranggapan golongan OKU ini tidak perlu berkahwin. Ini sangat mengecewakan kerana kami golongan OKU juga adalah manusia juga.

 

Malaysia patut mencontohi negara Australia di mana golongan OKU di Australia diberi pencen bulanan, malah mereka juga diberi bantuan kewangan untuk menyewa rumah, ini adalah supaya golongan OKU di Australia mampu hidup berdikari dan mampu berumahtangga. Harap Malaysia juga dapat mencontohi negara Australia.

 

Kalau boleh, kerajaan Malaysia patut menyedia kan pekerjaan dari rumah untuk golongan OKU, kerana ramai golongan OKU yang tidak mampu bekerja diluar. Sekarang adalah dunia yang moden seperti dunia internet, dan kerajaan patut menyediakan pekerjaaan dari rumah seperti bekerja dari internet dan dari komputer untuk golongan OKU ini.

 

Harap kerajaan Malaysia akan lebih prihatin terhadap keperluan golongan OKU !!!

 

 

Advertisements